Isnin, 15 Februari 2010

Perjumpaan (Minggu 3): Blog Persatuan Matematik



Aktiviti Minggu ke-3:

1. Pengurusan Blog Matematik Menengah Rendah SMK Dang Anum
2. Melengkapkan Kad Laporan Aktiviti dan Kehadiran Ahli
3. Perbincangan tentang Baju Persatuan

Perjumpaan (Minggu 2): Gotong Royong Perdana



Perjumpaan kali kedua dilaksanakan pada 27 Januari 2010, jam 2.30 hingga 4.30 petang, bertujuan untuk mengemaskinikan papan kenyataan persatuan bagi tahun 2010. Semua ahli bekerjasama menyiapkan bahan-bahan untuk dinaikkan pada papan kenyataan tersebut. Alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan lancar dan tahniah diucapkan kepada semua ahli yang telah berjaya menyelesaikan salah satu tugas utama Persatuan Matematik Menengah Rendah SMK Dang Anum.

Perjumpaan (Minggu 1): Mesyuarat Agung Tahunan



Pada 20 Januari 2010, Persatuan Matematik Menengah Rendah telah membuat perjumpaan pertamanya bagi melaksanakan Aktiviti Mesyuarat Agung Tahunan 2010. Berikut adalah agenda yang telah dilaksanakan:

1. Perlantikan Ahli Jawatankuasa Persatuan bagi sesi 2010.
2. Menetapkan nilai yuran tahunan ahli bagi sesi 2010.
3. Mencadangkan aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun 2010.

Kehadiran ahli: 22 orang